Tuesday, November 9, 2010

Rahsia BUAH TUNJUK LANGIT : -

          Pokok Mahogoni jenis Swietenia Macrophylla, Mahogoni Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae ( keluarga pokok Mahogani atau Mahoni ). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Salomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

          Di Malaysia ia dikenali sebagai Buah Tunjuk Langit, Isi buah ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu ' Flavonoids ' , ' Saponins ' dan ' Bitter Alkaloid '




         ~FLAVONOIDS semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggalkan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh- tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba Eurycoma longifolia (Tongkat Ali).
        
         Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahagany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

Fungsi- fungsi Utama Flavonoids
  • Mengurangkan tahap gula dalam darah
  • Menyimbangkan kandungan gula dalam darah
  • memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
  • Mengurangkan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
  • Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah


         ~SAPONINS adalah enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruhan tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahagony dapat mengurangkan lemak dan kolestrol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah.
         Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

Fungsi- fungsi Utama Saponins
  • Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
  • Merangsangkan perembesan insulim dari pankrias
  • Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
  • Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
  • Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
  • Mengelakkan kemabukan dan keracunan
  • Melancarkan sistem saluran pernafasan 
  • Memperbaiki sistem peredaran darah
  • Mententeramkan fikiran dan otak
  • Menghilangkan kelesuan minda
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memperbaiki insomnia
  • Menguatkan hati

         ~BITTER ALKALOIDS di dalam buah Mahogany adalah unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah mahogany adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya sangat pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantukan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.

         Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunusasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.



No comments:

Post a Comment